MUHAMMAD PESURUH ALLAHBAB 03

MENGENAL BISIKAN (AL-KHATHIR) DALAM JIWA KITA

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani pernah ditanya muridnya tentang al-khathir (bisikan jiwa), lalu beliau menjawab: “Memang apa yang engkau ketahui tentang al-khathir?

Al-khathir itu boleh berasal dari syaitan, boleh berasal dari tabiat buruk, boleh pula berasal dari hawa nafsu dan dunia. Perhatianmu akan dicurahkan kepada apa yang dianggap penting. Dan, ingatlah bahawa sebenarnya bisikan jiwa yang datang kepadamu juga selalu berhubungan dengan perhatianmu terhadap sesuatu.

Sedangkan bisikan jiwa (al-khathir) yang berasal dari Allah SWT tidak akan datang, kecuali kepada kalbu yang kosong dari selain Allah SWT.

Contohnya seperti firman-Nya saat menjelaskan tentang sikap Nabi Yusuf a.s. Allah SWT berfirman, “Aku memohon perlindungan dari Allah daripada mengambil (menahan) seorang, kecuali orang yang kami ketemukan harta benda kami padanya,” (QS Yusuf: 79)

Jika engkau banyak menyebut nama Allah, tentu saja kalbumu akan penuh dengan al-khathir yang berasal dari Allah kerana engkau selalu dekat dengan-Nya. Sedangkan al-khathir yang berasal dari syaitan, hawa nafsu, dan dunia akan menjauh darimu.

Sekali lagi ditegaskan bahawa ada khathir yang berasal dari dunia, ada khathir yang berasal dari akhirat, ada khathir yang bersumber dari al-mulk (kerajaan Allah), ada yang berasal dari hawa nafsu, ada yang berasal dari kalbu dan ada yang berasal dari Allah Yang Maha Benar (Al-Haqq).

Wahai orang yang berada di jalan kebenaran, yang engkau perlukan adalah membuang dan mengusir semua al-khathir tersebut dan merasa tenteram dengan hanya satu kehadiran satu khathir saja, yakni khathir yang berasal dari Allah Yang Maha Benar (Al-Haqq).

Jika engkau berpaling dan mengabaikan khathir yang berasal dari nafsu, syaitan dan dunia, maka engkau akan dihampiri oleh khathir yang berasal dari akhirat, kemudian disusul pula dengan kehadiran khathir yang berasal dari al-mulk (kerajaan Allah), akhirnya pada puncaknya, engkau akan merasakan kehadiran khathir dari Allah Yang Maha Benar (Al-Haqq).

Jika kalbumu bening dan jernih, maka ia akan berdiri menghadang dan menyoal siasat setiap khathir yang datang kepadanya. “Kamu khathir yang mana? Berasal dari mana?” maka khathir itu akan menjawab, “Aku adalah khathir begini dan begitu. Aku khathir yang berasal dari Allah yang Maha Benar (Al-Haqq). Aku adalah pemberi nasihat dan pencinta. Allah Al-Haqq mencintaimu. Aku adalah utusan. Aku adalah jatah (bahagian) dari hal nubuwwah (sebahagian kecil dari kurnia Allah yang dianugerahkan kepada nabi).”

--Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Mawa’izh Asy-Syekh Abdul Qadir Al-Jailani

SAMA-SAMA DIMUZAKARAHKAN TENTANG APA YANG TELAH DIPERKATAKAN OLEH SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI

"Jika engkau banyak menyebut nama Allah, tentu saja kalbumu akan penuh dengan al-khathir yang berasal dari Allah kerana engkau selalu dekat dengan-Nya. Sedangkan al-khathir yang berasal dari syaitan, hawa nafsu, dan dunia akan menjauh darimu."

BAGAIMANA KITA HENDAK MENYEBUT NAMA ALLAH SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH (MENYEBUT ALLAH SEPERTI YANG TELAH DIFIRMANKAN OLEH ALLAH) DAN SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH RASULULLAH SAW (MENYEBUT ALLAH SEPERTIMANA YANG TELAH DISABDAKAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW)...

HENDAKLAH MELAKUKAN SESUATU PERKARA DENGAN CARA YANG DIKEHENDAKI ALLAH ...

76.Surah Al-'Insān ayat 29
‎إِنَّ هَٰذِهِ تَذْكِرَةٌۖ فَمَن شَاءَ اتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِ سَبِيلًا

Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).

76.Surah Al-'Insān ayat 30
‎وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَن يَشَاءَ اللَّهُۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا

Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).

FIRMAN ALLAH TENTANG ARAHAN UNTUK MENYEBUT ALLAH SERTA FAEDAHNYA YANG TERKANDUNG DI DALAM AL-QURAN

2.Surah Al-Baqarah ayat 203

Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya. Kemudian sesiapa yang segera (meninggalkan Mina) pada hari yang kedua, maka ia tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) maka ia juga tidaklah berdosa; (ketiadaan dosa itu ialah) bagi orang yang bertaqwa dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya.

5.Surah Al-Mā'idah ayat 4

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" Bagi menjawabnya katakanlah: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah (dengan memelihara diri dari memakan yang diharamkan Allah); Sesungguhnya Allah Maha Cepat hitungan hisabNya"

7.Surah Al-'A`rāf ayat 205

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.

8.Surah Al-'Anfāl ayat 45

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).

8.Surah Al-'Anfāl ayat 46

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

18.Surah Al-Kahf ayat 23

Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti".

18.Surah Al-Kahf ayat 24

Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".

33.Surah Al-'Aĥzāb ayat 41

Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya;

76.Surah Al-'Insān ayat 25

Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang;

CONTOH BAGAIMANA CARA NAK INGAT KEPADA ALLAH ... SEPERTIMANA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH

2.Surah Al-Baqarah ayat 198

Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah),

DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADAMU

dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang SALAH JALAN IBADATNYA.

Di dalam firman ini Allah telah memperjelaskan bahawa sebelum daripada seseorang itu melakukan sepertimana yang telah diperintahkan oleh Allah iaitu

"DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADAMU"

Sesungguhnya apa yang dilakukan tersebut telah dilakukan dengan "SALAH JALAN IBADATNYA"

BAGAIMANA CARA HENDAK MELAKUKAN PERINTAH ALLAH

"DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADAMU"

AL-QURAN ADALAH MERUPAKAN PETUNJUK HIDAYAH DARIPADA ALLAH

2.Surah Al-Baqarah ayat 2

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa;

Apa yang telah diperintahkan oleh Allah

"dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu;"

Bagaimana hendak menyebut Allah mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah, boleh dilakukan dengan melaksanakan perintah Allah yang tersurat dan yang tersirat di dalam

FIRMAN ALLAH TENTANG ARAHAN SERTA CARA NAK MENYEBUT ALLAH YANG TERKANDUNG DI DALAM AL-QURAN

73.Surah Al-Muzzammil ayat 8

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Cara untuk menyebut nama Allah dengan atau melalui lisan lidah boleh dilakukan sepertimana firman Allah pada

17.Surah Al-'Isrā' ayat 110

Katakanlah (wahai Muhammad): "Serulah nama "Allah" atau nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik serta mulia". Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau solatmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

YANG APABILA DILAKSANAKAN MENUNJUKKAN SESEORANG ITU SEDANG MELAKSANAKAN CARA UNTUK INGAT KEPADA ALLAH SEPERTI DI DALAM FIRMAN ALLAH

2.Surah Al-Baqarah ayat 198

"DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADAMU"

Yang cara untuk menyebut nama Allah secara tersembunyi di dalam hati pula boleh dilakukan mengikut dari apa yang tersurat dan apa yang tersirat daripada sabda Nabi Muhammad saw

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

- Pejamkan matamu,
- Tongkatkan lidahmu ke langit-langit,
- sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya

Sedang melakukan sepertimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw adalah merupakan cara untuk menyebut Allah di dalam hati iaitu zikir yang tersembunyi.

FADZILAT ZIKIR YANG TERSEMBUNYI

Rasulullah saw pernah bersabda,
“Zikir (dengan tidak bersuara) lebih unggul daripada zikir (dengan suara) selisih tujuh puluh kali lipat.

Jika tiba saatnya hari kiamat maka Allah akan mengembalikan semua perhitungan amal semua makhluk-makhluknya sesuai amalnya.

Para malaikat pencatat amal datang dengan membawa tulisan-tulisan mereka.

Allah berkata pada mereka, lihatlah apakah ada amalan yang tersisa pada hamba-Ku ini ?

Para malaikat itu menjawab, kami tidak meninggalkan sedikit pun amalan yang kami ketahui kecuali kami mencatat dan menulisnya.

Allah lalu berkata lagi (pada hamba-Nya itu), kamu mempunyai amal kebaikan yang hanya Aku yang mengetahuinya.

Aku akan membalas amal kebaikanmu itu.

Kebaikanmu itu berupa zikir dengan sembunyi (tak bersuara).”

(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

Oleh Adnan Al-Yani
MUHAMMAD PESURUH ALLAH • Adnan Al-Yani